[BERITA: JEJAK AULIYA' KAHERAH '17]




KAHERAH, 18 November 2017 – Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah menganjurkan program ziarah makam di sekitar Kaherah yang diberi nama Jejak Auliya’ Kaherah 17. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 18 November 2017 bagi ikhwah dan 25 November 2017 bagi akhawat.
     
          Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli BKAWM tentang makam-makam auliya’ dan ulama di sekitar Kaherah itu sendiri serta mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan ahli BKAWM. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serba sedikit tentang sejarah dan perjalanan hidup para auliya’ dan ulama kepada ahli BKAWM.
     




          Program ini bermula sekitar jam 7 pagi dengan berkumpulnya ahli BKAWM di hadapan Asrama Baharu Wilayah Persekutuan (AWP). Sepanjang perjalanan, para peserta diberikan taklimat dan penerangan ringkas tentang perjalanan program dan adab-adab menziarahi makam oleh Ustaz Muhammad Subki bin Zakaria iaitu musyrif jemputan pada kali ini. Antara maqam yang sempat diziarahi pada sesi kali ini adalah:

Maqam Ibnu Hisyam
1) Makam Imam Ramli
2) Makam Ibnu Hajar al-Asqolani
3) Maqam Sayyidah Nafisah
4) Maqam Ibnu Atoillah
5) Maqam Sultan Hanafi
6) Maqam Imam Syafie
7) Maqam Imam Laith 

       


          Setiap makam yang diziarahi, para peserta akan diberikan taklimat dan sejarah ringkas mengenai perjalanan hidup pemilik makam tersebut oleh musyrif penerangan. Pelbagai ilmu dan input-input sejarah yang boleh dijadikan sebagai teladan.

        Pihak program berharap agar program Jejak Auliya’ Kaherah ini dapat memberikan manfaat dan dapat mengikat hati-hati ahli BKAWM untuk menuju keredhaan Allah.


Disediakan oleh:

Setiausaha,
Jejak Auliya’ Kaherah 17,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
BKAWM Sesi 2017/2018.


“Menyelami Sirah, Mendepani Ummah”


“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”




Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]