[CARTA ORGANISASI AJKT HEWI BKAWM SESI 2017/2018]





عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ

'Aisyah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang raja, maka diberinya seorang menteri yang jujur, jika lupa diingatkan, dan jika ingat dibantu. Dan jika Allah menghendaki sebaliknya dari itu, maka Allah memberi padanya, menteri yang tidak jujur, hingga jika lupa tidak diingatkan dan jika ingat tidak dibantu." (Riwayat Abu Daud).

Seorang pemimpin itu menanggung tugas dan amanah yang harus dijalankan. Sementara untuk melaksanakan semua tugas itu tidak mungkin dilakukannya sendiri. Oleh sebab itu, perlunya kepada penyokong dan pendukung yang sentiasa membantu dan memberi sokongan.

Berikut merupakan carta organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi
2017/2018.

Semoga dengan pertukaran tampuk kepimpinan baru BKAWM sesi 2017/2018 ini mendapat kerjasama yang baik daripada pimpinan mahupun ahli, yang mana Islam mengajar umatnya untuk saling membantu dalam perkara kebaikan yang mendatangkan manfaat kepada Islam itu sendiri.

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll