PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP AMALI





Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna.Bertepatan dengan usul BKAWM bagi memperkasakan Discussion Group di semua peringkat ini membuktikan bahawa BKAWM sentiasa komited dalam menyeimbangkan antara akademik, thaqafah dan fikrah sahihah.

Bersempena dengan imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 8 Disember 2017.

Maka Jabatan Fasilitator mengharapkan semua ahli BKAWM dapat sama-sama menjayakan usul BKAWM dengan penuh bersemangat.


Luqman Hakim Bin Hj Kamaruddin,,
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
BKAWM sesi 2017/2018.


“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll