[Berita: Jaulah Abou Ela']






KAHERAH, 4 November 2017 – Bersempena musim sejuk yang bakal menjelang, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah menganjurkan program Jaulah Abou Ela’ yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 November 2017 bagi ikhwah dan 5 November 2017 bagi akhawat.





Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk melengkapkan barangan keperluan musim sejuk dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli berkaitan Makam Abou Ela’.


     
Para peserta bertolak dari Asrama Baharu Wilayah Persekutuan ke Abou Ela’ pada jam 6 petang. Setibanya di Masjid Sultan Abu Ala’, peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan menziarahi makam Imam Abu Ala’. Program diteruskan lagi dengan aktiviti membeli barangan keperluan dan kelengkapan untuk musim sejuk sehingga jam 8.30 malam.
     
Pihak program berharap agar program Jaulah Abou Ela’ ini dapat memberi manfaat dan dapat mengikat hati-hati ahli BKAWM untuk menuju keredaan Allah.



Disediakan oleh,
Setiausaha,
Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan,
BKAWM Sesi 2017/2018.



"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]