[SENAT FAKULTI: TEGUHKAN AZAMMU]




KAHERAH, 13 November 2017 – Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah mengadakan program akademik ‎iaitu Senat Fakulti khusus buat mahasiswa/wi baharu Wilayah Persekutuan yang bertempat di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

     Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menyediakan satu medium kepada mahasiswa/wi baharu ini melakukan persediaan menghadapi sesi pembelajaran dan menambah kefahaman kepada mereka berkaitan subjek kuliah yang akan dipelajari.

    Program ini dibuat secara berasingan antara mahasiswa dan mahasiswi mengikut syukbah masing-masing. Antara syukbah yang terlibat adalah Usuluddin, Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Ulum Islamiah.

    Antara pengisian yang dibincangkan adalah berkaitan subtopik utama dalam sesebuah subjek dan teknik menjawab soalan serta perkongsian soalan-soalan tahun ‎lepas.

    Segala perkongsian ini bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada mahasiswa/wi baharu ini tentang subjek yang akan dipelajari dan meningkatkan semangat mereka untuk belajar di al-Azhar kelak.

    Semoga program ini dapat meningkatkan lagi kualiti pembelajaran mahasiswa/wi baharu ini dan mempraktikkan kaedah sebenar untuk menjawab soalan seterusnya berusaha  meningkatkan prestasi akademik ke arah lebih cemerlang.

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"‎

Disediakan oleh:

Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2017/2018

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]