Anugerah Jasamu Dikenang BKAWM
Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi diberi kehidupan untuk melaksanakan sebahagian ibadah kepada-Nya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kerana diberi ruang serta kesempatan untuk memberi sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Islam telah mengajar kita untuk saling bantu – membantu sesama insan di dalam urusan kebaikan di dunia mahu pun di akhirat bertepatan dengan firman ALLAH S.W.T di dalam Surah Al – Maidah ayat 2 yang bermaksud : “…..Dan bantu – membantulah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan bantu – membantu dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.
Justeru itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir akan mengadakan Majlis Anugerah Jasamu Dikenang iaitu penyampai anugerah bagi mengenang jasa dan bakti ahli – ahli BKAWM yang membantu dan memberi komitmen dalam merealisasikan agenda yang telah dirancang terlaksana dengan jayanya.
Oleh yang demikian, pihak pimpinan mengucapkan ribuan terima kasih buat semua ahli – ahli BKAWM yang telah bertungkus – lumus bagi memastikan kejayaan agenda BKAWM pada sesi ini mencapai objektif yang diharapkan.
Semoga hasil usaha dan titik peluh kalian dibalas dengan rahmat dan kejayaan daripada ALLAH S.W.T.
“KEPIMPINAN CEMERLANG, ISLAM DIJULANG”
“KEUNGGULAN UKHWAH, PEMANGKIN TARBIAH”
BELAJAR, BERAMAL, BERBAKTI
Muhammad Nazmi bin Abd Samat,
Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 13 dan Majlis Anugerah Jasamu Dikenang,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2010/2011.
Comments
Post a Comment