Pertempuran Pasukan Blue Ocean di Piala Malaysia (MASCUP '11)


Selasa, 24 September 2011, Tajammu’ Awal- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan telah menganjurkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia (MASCUP’11) yang bertempat di Stadium Markaz Syabab, Tajammu’ Awal.

Perlawanan tersebut disusun dan diaturkan mengikut kumpulan yang ditetapkan berdasarkan undian kumpulan yang telah diadakan di rumah Selangor.

Sehubungan dengan itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir di bawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) telah menghantar satu pasukan yang diberi nama Blue Ocean terdiri daripada 14 orang pemain di bawah kelolaan Ustaz Muhammad Nazmi Bin Abd Samat yang merupakan mantan ketua unit UKKS pada sesi 2010/2011.

Pasukan pertama yang bersaing dengan pasukan wilayah pada hari pertama ialah juara Piala Sumbangsih iaitu negeri Kedah yang kedua-duanya berkedudukan seri tanpa jaringan.

Hari kedua pasukan Wilayah dengan serba biru meneruskan lagi langkah bagi mengejar kemenangan dan bertemu dengan pasukan dari negeri Selangor. Walaupun pasukan Wilayah telah menunjukkan prestasi permainan yang baik, namun kemenangan masih belum berpihak kepada pasukan Wilayah. Selangor telah menewaskan Wilayah dengan satu mata berbalas kosong.

Pasukan Wilayah terus bertahan pada hari ketiga MASCUP dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu dengan pasukan dari negeri Pahang dan Johor.

Hari keempat pasukan Wilayah telah menunjukkan kehebatan pada saingan seterusnya ketika menentang pasukan senior dari Damanhur dengan membawa kemenangan pada pasukan Wilayah dengan jaringan dua berbalas satu.

Namun, kemenangan yang dikecapi itu masih tidak dapat melayakkan pasukan Wilayah ke peringkat suku akhir kerana kiraan mata tidak melepasi tahap yang boleh membuatkan mereka layak ke peringkat seterusnya.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada pasukan bola sepak Wilayah di atas usaha dan jasa yang ditunjukkan bagi mewakili Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Moga kemenangan akan menjadi milik kita pada perlawanan yang akan datang. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]