Hari Tautan Ukhuwah & Silaturahim (HTS) tamat dengan jayanya




















Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah mengadakan Hari Tautan Ukhuwah & Silaturahim (HTS) pada 18 sehingga 20 September 2011. Program yang berlangsung selama tiga hari itu adalah sebagai medium untuk pendedahan ilmiah kepada pelajar-pelajar yang baru tiba di Mesir.

Kami telah menyambut seramai 4 orang pelajar di bawah tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan seorang pelajar persendirian yang datang melalui ajen. Kesemuanya telah hadir dalam program tersebut dan mereka telah didedahkan berkenaan kehidupan dan suasana di Mesir sebagai persediaan kepada mereka yang akan melanjutkan pelajaran dalam jangka masa yang lama.

Pengarah USMB, saudara Muhammad Firdaus berkata walaupun ianya hanya jumlah yang kecil, namun ia bukanlah menjadi kelemahan untuk kami dalam membantu adik-adik baru bagi menyesuaikan diri mereka di Mesir, dan kami hanyalah mengharapkan kualiti daripada kuantiti.





















Kami selaku Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar tersebut dan kami berharap mereka dapat menggunakan peluang yang ada untuk mengutip segala ilmu yang ada di sini dan seterusnya memberi khidmat bakti di Malaysia kelak.

Akhir kalam, diucapkan terima kasih kepada semua yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Hari Tautan Ukhuwah & Silaturahim (HTS) pada tahun ini. Sekian..


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]