RAUDHAH'11- Kegembiraan Dicapai



KAHERAH, 31 Ogos – Bertemakan “Ibadah Disemai, Ganjaran Dituai, Kegembiraan Dicapai” itu akhirnya dicapai dengan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Ramadhan & Eidulfitri Celebration (RAUDHAH’11) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Majlis sambutan aidilfitri bermula sesi pagi dengan aktiviti yang menarik antaranya, kad raya kreatif, riang ria raya, berbalas pantun raya serta regu.

Apa yang menarik adalah pertandingan “Kuihmu Kuihku Jua” yang mana satu pertandingan yang mewajibkan setiap rumah menghantar kuih raya hasil air tangan sendiri. Kuih tersebut di adili dengan undian sebanyak 2 sticker setiap seorang. Respon yang diberikan oleh ahli amat memberangsangkan.

Pada sebelah petang pula, para hadirin disajikan dengan tayangan video raya. Sebelum mengakhiri acara dewan, penyampaian cenderahati kepada setiap pemenang yang bertuah.

Seterusnya jamuan aidilfitri yang telah dihadiri oleh barisan kepimpinan BP dan HEWI Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2011. Turut hadir wakil Taakhi zon B PMRAM Cawangan iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Shoubra dan Iskandariah.

Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut, pihak RAUDHAH’11 menyediakan pengerusi khas sepanjang jamuan aidilfitri berlangsung. Sehubungan dengan itu, acara kecil turut disediakan untuk para tetamu yang hadir. Antaranya, cabutan bertuah, kuiz dan tuju kuih raya.

Pihak program memohon kemaafan kepada semua komuniti pelaksana RAUDHAH’11 dan jutaan terima kasih atas sumbangan tenaga, masa dalam menjayakan program kali ini. Jutaan terima kasih juga kepada Wilayah Multimedia Centre (WIMAC) kerana turut membantu menjayakan RAUDHAH’11.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]