Salam Syawal Sahabat September


Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua ahli yang lahir dalam bulan September. Kami doakan agar urusan kalian dan keluarga dipermudahkan dunia akhirat, dimurahkan rezeki, sentiasa sabar dalam mengharungi kehidupan di dunia ini.

Kepada ahli BKAWM yang bakal menduduki peperiksaan Durr Thani, kami doakan agar kalian dikurniakan rezeki kejayaan. Semoga Allah memberi kekuatan pada diri kalian untuk menghadapi imtihan dan banyakkan doa dan amalkan pemakanan yang sihat sebagai persediaan mental dan fizikal untuk imtihan yang bakal tiba.

Semoga kalian dapat menjadikan medan tarbiyah selama sebulan di bulan Ramadhan terus berkekalan, setelah keluar dari madrasah Ramadhan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal 'Aidil Wal Faizin.
dari kami, Saf Kepimpinan BKAWM sesi 2010/2011

Disediakan oleh: Lajnah Kebajikan
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
sesi 2010/2011

"Keunggulan Ukhuwah, Pemangkin Tarbiah"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]