Persediaan Menghadapi Imtihan Qabul


KAHERAH, 26 Sept - Peperiksaan percubaan bagi menghadapi imtihan qobul (ujian kemasukan) ke Universiti Al-Azhar anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah dijalankan di peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), termasuklah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).

Peperiksaan dijalankan dengan gabungan tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Perlis dan Melaka di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir (ARWP).

Maksud hadis Nabi Muhammad SAW :

“Sesiapa yang yang mengembara kerana untuk belajar sesuatu ilmu, akan diampunkan dosa baginya sebelum dia melangkah.” – hadis Riwayat al-Syirazi

Namun, sebelum memulakan langkah tersebut, sewajarnya persediaan yang rapi telah lengkap dalam diri seseorang pelajar bagi memastikan fizikal, mental dan rohaninya mampu mengeksploitasi ilmu secara maksima, bukan hanya sekadar menerima, tetapi juga memahami, mendalami, serta membuat refleksi pada kekurangan diri.

Sebagai sebuah universiti tertua di dunia, Universiti al-Azhar sangat menitikberatkan persediaan awal seorang pelajar sebelum dibenarkan menjejakkan kaki ke dewan kuliah. Justeru, pihak pentadbiran universiti telah mewajibkan pelajar baru untuk menduduki imtihan qobul (ujian kemasukan) yang dijalankan setiap tahun, kebiasaannya tertumpu pada bulan Oktober.

Dalam hal ini, pihak PMRAM, sebuah organisasi yang aktif memelihara kebajikan pelajar di Mesir, berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan setiap pelajar yang menduduki ujian tersebut telah peka, faham dan berpengalaman sebelum memasuki dewan peperiksaan. Oleh itu, pihak PMRAM telah menganjurkan peperiksaan percubaan sebagai suatu bentuk persediaan sebelum mereka menjalani ujian yang sebenar.

Semasa peperiksaan percubaan tersebut, seramai 19 orang calon peperiksaan telah menjalani beberapa bentuk ujian seperti ujian mendengar, membaca dan memahami teks, tatabahasa serta ujian lisan.

Beberapa orang tenaga pengajar telah didatangkan khas bagi membincangkan jawapan. Dalam masa yang sama, mereka juga memberi tunjuk ajar kepada calon-calon yang mempunyai kemusykilan. Malah, mereka turut berkongsi tips-tips efektif untuk menghadapi ujian kemasukan tersebut.

Bukan itu sahaja, calon-calon semakin bersemangat apabila menerima kunjungan daripada wakil Badan Pengurus (BP), Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Nor Azri serta Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI), Saudari Shazazierra binti Sharif.

Diharapkan segala usaha tidak kira, baik dari PMRAM mahupun dari individu akan mencetuskan sebuah hasil yang lumayan dan dipayungi redha serta rahmat dari ALLAH SWT. Gunakanlah segala peluang yang masih ada pada hari ini untuk kejayaan hari esok.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]