Manisnya Ukhuwah di Aidilfitri


KAHERAH, 2 SEPT- Unit Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) kali ini meneruskan lagi Discussion Group (DG) amali dengan aktiviti ziarah-menziarahi dalam bulan Syawal ini.

DG kali ini menggabungkan antara mahasiswi Perubatan dan pengajian Islam bagi mengukuhkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin dikalangan ahli BKAWM khususnya.

Sehubungan dengan itu, DG amali BKAWM telah berkunjung ke dua buah rumah pasangan mutazawwijin Wilayah iaitu pasangan Saudara Hairul Nizam Mat hussain & Noor Hafizah Samsudin dan pasangan kedua iaitu Saudara Mohd Yasser Abd Rani & Khairiah Misbah.

Antara pengisian yang telah dijalankan semasa DG berlangsung, tazkirah yang telah disampaikan oleh saudari Noor Hafizah Samsudin, selaku tuan rumah.

Beliau berpesan agar kita sama-sama muhasabah kembali Ibadah yang telah dilakukan dalam bulan Ramadhan dan natijahnya apabila kita keluar dari madrasah Ramadhan. moga-moga Allah meredhai segala amalan yang telah kita lakukan.

Perlu diingatkan juga, matlamat untuk menjadi seorang muslimah yang berakhlak mulia amat penting bagi setiap insan yang bergelar wanita. Bukan itu sahaja, kita selaku pelajar yang menuntut ilmu Allah taala mesti beramal dengan ilmu yang dipelajari seiring dengan hati yang ikhlas.

Barisan Fasilitator mengharapkan Ukhuwah yang telah terjalin ini tidak terhenti di sini sahaja, bahkan terus berkekalan dan ahli dapat mengambil istifadah daripada tazkirah yang telah disampaikan. Kunjungan kami pada hari itu berakhir sekitar jam 3 petang.




Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]