Ketibaan Mahasiswa/wi Baru Wilayah Persekutuan Di Bumi Anbia


KAHERAH, 14 September - Hari ini jam 5.45 pagi Bumi Mesir telah menerima kedatangan mahasiswa/wi baru Wilayah Persekutuan seramai 4 orang mahasiswi diiringi oleh Ustaz Ahmad Fadli bin Adam selaku pegawai di MAIWP.

Mereka semua telah disambut oleh kepimpinan BKAWM dan Urusetia USMB BKAWM di terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Mereka terdiri daripada 2 mahasiswi pengajian islam dan 2 mahasiswi perubatan. Manakala mahasiswa yang lain akan tiba tidak lama lagi.

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2010/2011 mengucapkan selamat datang kepada empat orang mahasiswi yang telah tiba di bumi Kinanah ini. Kami mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru Wilayah di Ardhul Kinanah ini. Semoga dengan kehadiran kalian dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang telah terjalin dan moga dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu Allah taala.

Turut hadir di lapangan terbang ialah HEWI Angkat BKAWM, saudari Siti Sarah binti Bushari dan beberapa orang HEWI PMRAM. Manakala BP Angkat BKAWM, saudara Ahmad Baihaki dan saudara Nur Ahmad Wafiy menanti di pekarangan ARWP bersama YDP BKAWM,saudara Mohammad Adlly.

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]