Ayunan Takbir Bergema di ARWP


ARWP, 15 NOV - Kalimah membesarkan ALLAH S.W.T. telah berkumandang di setiap pelosok negara islam termasuk juga di Mesir sendiri. Tidak ketinggalan juga di Bangunan ARWP pihak Komuniti Eidul Adha Festival & Wilayah Gathering (EWAH '10) menganjurkan Malam Gema Takbir di sini.

Apa yang menarik pada kali ini, ia bermula dengan Iftar Jamaie yang melibatkan semua rumah dan penghuni di ARWP. Kali ini, pihak EWAH '10 menyediakan bahan mentah untuk di masak pada setiap rumah. Ia bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama penghuni dan komuniti. Bersesuaian dengan objektif program EWAH '10 itu sendiri.

Pada malam itu juga, perutusan dari Presiden PMRAM yang dibacakan oleh BP Angkat BKAWM iaitu, Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi. Beliau juga mengisi alot ceramah yang bertajuk " Berkorban Atau Terkorban " dalam konteks mahasiswa dengan sejarah islam. Walaupun secara mengejut beliau menerima taklifan sebagai penceramah tetapi banyak input dan info yang penting dapat daripada ceramah beliau. Kehadiran pada malam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ahli BKAWM dan tidak ketinggalan kepada Persatuan PERUBATAN Mesir. Mereka sama-sama memeriahkan Gema Takbir.










Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]