Jaulah DG Ikhwah Di El-Qanatir


EL-KONATER, 5 NOV- Mengambil udara baru atau pengalaman baru merupakan salah satu teknik atau cara yang lain untuk menambahkan minat ahli terhadap DG. Begitu jugalah yang berlaku pada DG ikhwah pada minggu ini yang mana Ketua Fasilitator BKAWM, Saudara Faiz Mat Zaid membawa mereka semua yang berjumlah 11 orang ke El-Konater sambil diiringi oleh Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI) BKAWM.

Antara objektif yang ditujui sepanjang jaulah ke sana ialah untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T. yang tiada tolak bandingnya, merapatkan ukhuwah di antara ahli-ahli DG dan juga menikmati suasana nyaman di perkampungan arab. Rombongan bertolak dari ARWP pada pukul 8.45 pagi dan sampai di perhentian bot setengah jam selepas itu. Perjalanan untuk sampai ke pulau tersebut memakan masa selama dua jam setengah. Setelah sampai, rombongan jaulah menunaikan solat dan melakukan aktiviti bebas.

Walaupun aktiviti berkelompok tidak dapat dilakukan di atas bot tetapi rombongan DG tetap diberi pengisian secara individu dan diberi taklifan untuk dibentangkan pada DG akan datang. Para ahli DG berpuas hati dengan jaulah yang diadakan ini kerana mereka begitu teruja dengan kegiatan tersebut. Ini kerana mereka dapat banyak input penting yang dipelajari sepanjang jaulah ini.

Di akhir jaulah, Saudara Faiz sempat memberi peringatan dan nasihat yang berguna kepada ahli-ahli DG iaitu supaya mengikut arahan ketua. Rombongan telah sampai di ARWP selepas waktu isyak dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis di EL-Konater.






Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]