EWAH '10 Menggamitkan Suasana Mesra


ARWP, 16 NOV- Saban tahun umat islam menyambutnya dengan penuh meriah dan di isi pula dengan pengisian penghayatan Sirah Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya, Nabi Ismail A.S. Di dalamnya terselit pula dengan pengorbanan dan ketaatan seorang hamba dengan Penciptanya.

Bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP), Eidul Adha Festival & Wilayah Gathering (EWAH '10) di bawah anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan perayaan Aidiladha yang berlangsung selama dua hari. Program yang bermula pada malam Gema Takbir yang di isi dengna beberapa slot antaranya ialah Iftar Jamaie kerjasama dengan Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI), Perutusan dari Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) , Perjumpaan Perwakilan Mahasiswa (PERMAS), Ramah Mesra AJKT BKAWM dan lain-lain lagi.

Apa yang menarik pada kali ini ialah, sambutan daripada ahli-ahli samada di Kaherah mahupun di cawangan begitu memberangsangkan apabila kehadiran yang sungguh ramai. Mereka semua turun beramai-ramai untuk menjayakan program EWAH '10 itu sendiri. Walaupun masing -masing masih keletihan setelah melapah haiwan korban pagi tersebut, tetapi semangat mereka tetap teguh untuk sama-sama menjayakan program BKAWM.

Pada malamnya, diadakan majlis Perasmian EWAH '10 yang dirasmikan oleh Pengurus ARWP iaitu Encik Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff. Beliau merasa puas hati dan menganggap program ini berjaya dengan jayanya dengan kehadiran yang begitu ramai pada malam tersebut dan mengharapkan agar objektif program akan dapat dihayati oleh setiap ahli.

Tidak ketinggalan juga beliau menyampaikan cenderahati kepada dua orang imam qiraat dan Qari perasmian majlis. Di akhir program, sebagai tanda penghargaan kepada PERMAS, pihak BKAWM menyampaikan watikah perlantikan PERMAS dan Musyrif yang dismapaikan oleh YDP BKAWM, Saudara Mohammad Adlly Mohammad Bokhari. Antara tetamu jemputan ialah BP dan Hewi Angkat BKAWM iaitu Saudara Ahmad Huzaifah dan Saudari Nor Hasyimah. Program berakhir dengan persembahan nasyid dan jamuan spesial raya Aidiladha.






Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah