Bersama Menjayakan Tabung Kebajikan


Segala puja-puji bagi Allah sekelian alam semesta,selawat serta salam diucapkan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W dan kepada seluruh ahli keluarga baginda dan seterusnya kepada para pewaris perjuangan baginda samada yang masih hidup atau pergi bertemu Rabbul Jalil di kehidupan hakiki.

Sebagaimana yang kita sepakati bersama dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 12 yang lalu,usul yang dibawa oleh salah seorang pimpinan sesi lepas iaitu Saudara Ab Samad Bin Abdul Aziz, matannya yang berbunyi "Mewujudkan Tabung Kebajikan BKAWM serta menyokong segala usaha menjayakan perkara tersebut". Menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli BKAWM untuk menjayakan segala usaha yang membawa kepada kejayaan tersebut. Kejayaan kita mewujudkan Tabung Kebajikan dan menggerakkanya adalah satu kejayaan yang akan memberi pulangan kepada kita semua. Kami dari barisan pimpinan BKAWM dan Ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan telah membuat perancangan dari sudut teknikal dan dasar bagi memastikan ianya berjaya dilaksanakan dan sekaligus memberi kebajikan secara lansung sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Kejayaan kita dalam menjayakan usul ini adalah kejayaan kita dalam membantu perjuangan islam itu sendiri.

Tabung Kebajikan diletakkan dibawah pantauan Lajnah Kebajikan secara lansung, Ahli jawatankuasa Tabung Kebajikan yang diketuai oleh Saudara Ab Samad Bin Abdul Aziz dan dibantu oleh Saudari Nawwar Binti Hashim. Secara umumnya ia ditubuhkan semata-mata untuk membantu ahli-ahli BKAWM yang tidak berkemampuan dan yang menimpa masalah.

Akhirnya saya menyeru kepada pembaca yang budiman sekalian, marilah sama-sama kita menjayakan usul yang kita sepakati bersama ,kerana orang Islam adalah orang yang berpegang dengan apa yang dijanjikan sebagaimana sabda Nabi S.A.W "المسلمون عند شروطهم/"المسلمون على شروطهمbermaksud orang Islam itu ialah mereka yang berpegang kepada apa yang dijanjikan.
Sekian….

Kebajikan Di Dahulukan, Ukhuwah Disemarakkan.


Mohd Mawardi Bin Mohd Zain
Ketua Lajnah Kebajikan BKAWM 2010/2011

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]