YDP- Universiti BKAWM


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya, dapat lagi kita sama-sama meneruskan kehidupan ini dalam menyambung rantai-rantai perjuangan dakwah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatNya.

Jumlah mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini hampir mencecah 8 000 orang dan kian bertambah dari tahun ke tahun, kesungguhan mahasiswa dalam mengejar dan menuntut ilmu samada dari dewan kuliah, bertalaqqi di Masjid Azhar, mahupun menimba ilmu dan pengalaman dari persatuan itu sendiri dapat di rasai dengan adanya kelas-kelas tutorial, kelas tafaqquh, kursus, seminar, dan program-program yang membina sahsiah. Ini adalah bagi memastikan diri mahasiswa itu sendiri bersedia dalam menghadapi masyarakat di tanah air kelak.

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian,

Amanah dan juga harapan daripada ibu bapa dan juga masyarakat di tanah air kepada kita selaku mahasiswa di Mesir ke bumi Malaysia bagi memimpin masyarakat khususnya di Wilayah sendiri amatlah tinggi, maka dengan itu mahasiswa perlulah sedar bahawasanya tanggungjawab kita ini adalah mempersiapkan diri dengan ilmu samada ilmu yang di perolehi di kuliah, ilmu kemasyarakatan, dan juga ilmu akhirat yang diperolehi luar dari kuliah.
Atas kesedaran ini, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengambil pelbagai inisiatif dengan mengadakan program-program dalam memastikan mahasiswa bersedia untuk pulang ke Malaysia dan menghadapi masyarakat, dengan berlangsungnya sesuatu program itu secara tidak langsung akan mendedahkan mahasiswa itu sendiri kepada ilmu pengurusan, ilmu komunikasi, ilmu strategik dan banyak lagi.

Sahabat-sahabat penuntut di jalan Allah sekalian,

Hendaklah kita selaku mahasiswa memahami bahawasanya menuntut ilmu itu tidak cukup hanya di dewan kuliah sahaja, maka dengan itu marilah sama-sama kita bersama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) selaku persatuan yang menaungi anak-anak wilayah di bumi Mesir ini bagi melengkapkan diri kita menghadapi masyarakat kelak, justeru itu BKAWM merupakan universiti bagi mahasiswa semua dalam menimba ilmu dan pengalaman.

Akhirnya semoga segala ilmu yang kita perolehi dapat di manfaatkan ke jalan Allah dan mendapat ganjaran disisinya.

Salam 1 BKAWM.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]