JASAMU DIKENANG…..



KAHERAH,2 NOV- Sebelum ini kita dengar pulangnya seorang PERMATA BKAWM, kali ini seorang lagi ahli BKAWM yang banyak mencurahkan tenaga, masa dan pengalaman dalam membantu menggerakkan BKAWM. Beliau adalah Saudari Aini Sakinah bt Abdullah merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mansoura yang baru sahaja pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu. Buat pengetahuan semua, Saudari Aini Sakinah juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Hewi (AJKH) DPMM sesi 06/07-07/08.Bukan hanya di DPMM malahan turut serta dalam Program PMRAM antaranya PESAT dan Al-fityan.

Keterlibatan beliau selama 3 tahun di BKAWM dengan menjadi Adhoc,Fasililator ,Moderator dalam program mega BKAWM. Sepanjang berkhidmat bersama BKAWM, beliau tidak pernah menolak taklifan yang diberikan oleh BKAWM. Pesanan beliau, jadikanlah proses pentarbiahan di bumi Mesir ini adalah satu perkara yang indah dan yang patut kita hargai sepenuhnya. Setiap kesusahan, ujian yang ALLAH beri jangan anggap ianya sesuatu yang membebankan. Jadi, buat adik-adik, barisan kepimpinan, ahli BKAWM, teruskanlah thabat dalam perjuangan dan jangan mudah futur, ikhlaskan hati dalam semua tanggungjawab. Ingatlah kegagalan yang pernah dialami bukanlah sesuatu yang boleh melemahkan diri, tetapi anggaplah satu perkara yang membina semangat dalam diri.

Kami di pihak pimpinan BKAWM sesi 10/11 mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan, jasa Saudari Aini Sakinah yang tidak jemu untuk menyumbang tenaga dan pengalaman untuk BKAWM. Semoga ALLAH yang menilainya segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]