DG Gabungan Mahasiswi



ARWP 19 NOV - LAJNAH DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN BKAWM diperingkat siswi telah mengadakan discussion group (DG GABUNGAN ) dengan menggabungkan Mahasisiwi Pengajian Islam dan Perubatan.

Antara agenda majlis adalah riadhah,pengisian yang disampaikan oleh graduanita UIA,dan jamuan ringan.

Objektif utama adalah untuk mengeratkan ukhuwah di antara kumpulan – kumpulan discussion group (DG) yang lain,yang juga merupakan salah satu visi BKAWM iaitu KEUNGGULAN UKHWAH,PEMANGKIN TARBIAH bagi sesi 2010/2011.

Seawal jam 7.30am,semua siswi berkumpul di loteng ARWP, dimulakan dengan mengalunkan Asmaul Husna sebagai pembukaan majlis pada pagi itu. Majlis diteruskan lagi dengan senaman ringan yang diketuai oleh Dr Siti Hawa Ahmad.

Seterusnya diikuti dengan pengisian yang disampaikan oleh graduanita UIA 2008, Ukhti Nazahah Mohd Saa’id jurusan Ilmu Wahyu (Quran Sunnah) ,juga merupakan isteri Pegawai Wilayah iaitu En.Yahya Mohd Hanif.

Pengisian yang bertajuk Mari MenyintaiNYA itu disampaikan secara santai dan berhikmah.Antara pengisian yang diberikan oleh Ukhti Nazahah adalah berkaitan hubungan kita dengan Allah serta menekankan perkara-perkara yang dituntut oleh islam sendiri iaitu solat jemaah,konsep tolong- menolong ,dan sikap hormat – menghormati diantara senior & junior Pengajian Islam mahupun Perubatan.

Akhirnya, kalam penutup yang disampaikan oleh Ukhti Azizah Zaidi selaku Timbalan Unit Fasililator BKAWM menyebut fokus utama adalah tentang solat selaku kita sebagai hamba Allah taala.

Beliau mengharapkan agar siswi yang hadir dapat mengambil manfaat dengan apa yang disampaikan dan ukhuwwah dikalangan anak-anak wilayah semakin akrab.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]