Discussion Group (DG) Akhawat Mendapat Sambutan Ahli


ARWP, 5 NOV – Bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari, rata – rata penghuni ARWP akhawat sibuk menyiapkan diri bagi menghadiri DG bersama kumpulan masing – masing, tidak ketinggalan juga ahli BKAWM akhawat yang tinggal di rumah sewa turut mengambil bahagian. Terdapat tujuh kumpulan bagi pelajar Perubatan dan dua kumpulan daripada kalangan pelajar Pengajian Islam. Adapun pelajar Pengajian Islam, minggu ini mereka mengambil inisiatif untuk menjalankan DG secara gabungan di ARMA. Manakala DG Perubatan bertaburan di setiap enam buah rumah di Asrama ARWP. Inilah suasana yang dapat dilihat pada setiap hari Jumaat.

Bagi Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI),Discussion Group adalah antara pengisian yang amat penting bagi setiap pelajar yang berada di mesir khususnya ahli-ahli BKAWM. Ini kerana antara objektif Discussion Group adalah memberi penerangan tambahan tentang agama khususnya bagi pelajar perubatan dan input luar yang jarang di dapati di kuliah bagi pelajar pengajian islam. Keduanya adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara sesama ahli BKAWM itu sendiri dan juga melatih ahli sebagai mahasiswa islam dalam mempraktikkan ilmu yang dapat dari kuliah mahupun pengetahuan luar. Ini semua merupa salah satu platform sebagai mahasiswa/si yang cemerlang untuk berketrampilan kehadapan dalam membawa visi dan misi BKAWM itu sendiri.

Apa yang diharapkan oleh Kepimpinan BKAWM agar mahasiswi-mahasiswi dapat menonjolkan sifat seorang kepimpinan supaya dapat membantu dan membawa masyarakat Malaysia kea rah yang diredhai oleh ALLAH S.W.T baik Perubatan mahupun Pengajian Islam.

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah