Tumpu Dan Tingkatkan Akademik - En. Yahya



DEWAN SRI PUTRA, 25 NOV – Mahasiswa/wi yang tinggal di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP)telah berkumpul menghadiri perjumpaan bulanan bersama En. Ahmad Yahya bin Mohd Hanif selaku pegawai ARWP.

Majlis bermula pada pukul 7.30pm dan dipengerusikan oleh Ketua Unit Perumahan & Rehlah BKAWM, Dr.Fitry Iskandar Ismail.

Majlis dimulakan dengan kalam Yang Dipertua BKAWM ,Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari. Beliau menyentuh berkaitan imtihan yang semakin hampir, aktiviti yang akan dijalankan dalam masa terdekat seperti ceramah motivasi,solat hajat perdana, bagi memberi persediaan kepada ahli dalam menghadapi imtihan yang semakin hampir dan juga menyarankan agar kepada semua ahli supaya berhati-hati walau di mana jua berada.

Tabung kebajikan turut dijalankan bagi menyumbang untuk kos rawatan adik Sofiyatul Ulya yang menghidapi Pneumomia. Adik Sofiyatul Ulya merupakan buah hati kepada pasangan Saudara Faizol bin Endot dan Saudari Siti Hanisah binti Ahmad yang kini berada di Tanta.

Majlis diteruskan lagi dengan kata- kata peringatan Pegawai ARWP. Beliau menekankan tentang pelajaran dan menggalakkan agar Mahasiswa /wi baik Pengajian Islam, Perubatan, mahupun Qiraat agar lebih serius dalam mencapai kecemerlangan akademik. " Saya mengharapkan agar semua pelajar Wilayah Persekutuan supaya mengikuti program-program yang berbentuk kecemerlangan" ujar beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan penghuni-penghuni Asrama tentang tanggungjawab memelihara persekitaran bangunan dan peranan mereka terhadap harta awam di ARWP.









Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]