2 Permata BKAWM Pulang Ke Tanah Air


10 April, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir menyaksikan kepulangan dua lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti selama penubuhan BKAWM. Mereka ialah saudara Faiz Bin Mat Zaid, graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah dan saudari Mardhiah Binti Abdullah Rahim yang juga graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah.

Saudara Faiz Bin Mat Zaid mula aktif dalam khidmat sosial dan dunia persatuan di Mesir, khususnya dalam BKAWM sejak tahun 2008 iaitu sebagai ketua Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2008/2009, Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2009/2010 dan ahli lembaga penasihat BKAWM sesi 2010/2011. Seterusnya beliau aktif dalam menawarkan khidmat musyrif dan pemandu pelancong bagi tetamu dan pelancong dari Malaysia.

Saudari Mardhiah Binti Abdullah Rahim pula pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Hewi BKAWM sesi 2006/2007, Timbalan Ketua Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKAWM sesi 2007/2008, Naib Pengerusi Hewi BKAWM sesi 2008/2009, dan ahli lembaga penasihat BKAWM sepanjang dua sesi seterusnya. Sehingga awal bulan April 2012, beliau sangat aktif menjadi ajk pelaksana dalam program-program BKAWM dan PMRAM.

BKAWM mengucapkan selamat pulang ke tanah air tercinta kepada saudara Faiz Bin Mat Zaid dan saudari Mardhiah Binti Abdullah Rahim. Besar harapan BKAWM untuk melihat kalian terus thabat dalam perjuangan meneruskan risalah Islam di Malaysia. Semoga dengan kepulangan kalian dapat membuktikan kepada masyarakat di Malaysia bahawa mahasiswa/wi keluaran Mesir memiliki kualiti yang tersendiri dan setaraf dengan mahasiswa-mahasiswa lain seantero dunia.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]