SINAR`12 Siri Kedua Memotivasi Ahli

5 April KAHERAH – Unit Pendidikan Dan Pengetahuan (UPEP) dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI) BKAWM telah berjaya menganjurkan program motivasi Semarak Peribadi Mahasiswa Cemerlang (SINAR’12) siri kedua dengan tema “Menjana Mahasiswa Harapan”

Program motivasi ini adalah sebagai satu wasilah untuk memberi persediaan kepada mahasiswa/wi yang bakal menghadapi peperiksaan fasa kedua bermula Mei akan datang. Dengan ini, beberapa objektif telah disusun :
1 - Memberi pencerahan kepada ahli akan peranan mereka kelak serta kepentingan merancang masa depan.
2 - Meningkatkan kerohanian dan jati diri ahli.
3 - Membantu ahli mendekatkan diri kepada Allah.

SINAR`12 dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli solat sunat hajat dan zikir munajat. Kemudian program diteruskan dengan forum motivasi SINAR’12 yang menampilkan tiga panel yang tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa Mesir iaitu saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman, pengajian Master Takhasus Fiqh Am, saudara Muhammad Izuddin bin Nadzif, mahasiswa tahun 5 jurusan Perubatan Universiti Kaherah dan saudari Fatimah Salwani binti Abdullah,mahasiswi tahun 3 jurusan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kaherah.

Bagi mencapai objektif yang telah disasarkan, ketiga-tiga ahli panel telah mengupas tajuk “Akulah Sinar Itu”. Panel pertama telah menghuraikan berkaitan visi dan misi dalam merancang masa depan bukan sekadar mendukung segulung ijazah. Kupasan menarik daripada panel kedua pula mengenai indikator kecemerlangan bukan hanya sekadar pada pangkat tetapi semuanya hanyalah satu mekanisma untuk mencapai keredhaaan Allah serta memberi manfaat pada orang lain.

Panel ketiga pula turut menyampaikan perkongsian khusus untuk meningkatkan keyakinan mahasiswi agar lebih kehadapan dan optimis dalam menghadapi segala cabaran. Selain itu, bayak lagi tips-tips kecemerlangan yang telah dikongsikan oleh kesemua panel. Kreativiti dan cara penyampaian yang pelbagai daripada setiap panel berjaya mengekalkan fokus ahli yang hadir sehingga tamat forum.

Sebelum berakhir, pihak penganjur diwakili oleh Yang Dipertua BKAWM, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain telah menyampaikan cenderahati penghargaan kepada ketiga-tiga barisan panel dan moderator. Majlis diakhiri dengan tayangan video khas sempena peperiksaan dan jamuan. Majlis tamat sekitar pukul 11.00 malam.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]