Tabung Kebajikan - Kesihatan Ahli Diutamakan


5 April, KAHERAH – Tabung Kebajikan di bawah seliaan Lajnah Kebajikan telah menyumbangkan sejumlah LE250.00 kepada saudari Nurun Ainaa binti Othman, mahasiswi jurusan Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah yang telah menghidap tumor di bahagian tertentu pada badannya sejak beberapa bulan lalu.

Beliau telah selamat menjalani pembedahan pada 1 April lalu dengan kos pembedahan berjumlah LE900. Lajnah Kebajikan diwakili oleh Timbalan Lajnah Kebajikan BKAWM, saudari Siti Norhalimah binti Saleh diiringi oleh Perwakilan Mahasiswa BKAWM cawangan Iskandariah, saudari Liyana binti Ahmad telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada saudari Nurun Aina di kediamannya.

Sebelum itu, pada 31 Mac lalu, Yang Dipertua BKAWM, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain diiringi oleh saudara Ab Samad bin Abdul Aziz telah mewakili Lajnah Kebajikan menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan berjumlah LE400 kepada adik Daeng Imam Ahmad Alfateh bin Ismail Alfaruqi.

Sumbangan diterima oleh saudara Ismail Alfaruqi bagi mewakili anaknya. Adik Daeng Imam Ahmad Alfateh mengalami permasalahan pada giginya dan kos rawatan keseluruhan berjumlah LE3250. Tarikh pembedahan masih belum ditetapkan sehinggalah kos rawatan keseluruhan mencukupi.

Saudari Siti Norhalimah binti Saleh, Timbalan Lajnah Kebajikan menyeru semua ahli BKAWM agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri terutamanya sepanjang tempoh peperiksaan yang akan datang. Beliau juga mengingatkan ahli agar segera melaporkan kepada Lajnah Kebajikan atau mana-mana AJKT dan HEWI BKAWM jika berlaku sebarang kecemasan atau permasalahan.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]