Perwakilan BKAWM Ke Majlis Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012

7 April, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menghantar perwakilan seramai 23 orang ke Majlis Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012 yang telah dijalankan di Dewan Abdullah Kamil Kaherah.

Seramai 13 orang perwakilan siswa diketuai oleh saudara Muhammad Shazni bin Mazlan dan 10 orang perwakilan siswi diketuai oleh saudari Rafida binti Haniffa telah bertolak dari ARWP seawal jam 7.00 pagi.

Dalam majlis tersebut, perwakilan daripada BKAWM yang diwakili oleh saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Muhammad Razman telah dipertanggungjawabkan untuk membahaskan salah satu daripada 10 subtopik ucapan dasar iaitu “Pengurusan Bersistematik Dan Perancangan Berstrategik”

Beliau telah membahaskan subtopik tersebut dengan lebih memfokuskan kepada perbincangan berkaitan pengurusan bersistematik. Perwakilan lain turut sama memberi respon dan pandangan apabila Presiden PMRAM, saudara Abdul Aziz bin Ali membuka ruangan perbahasan secara umum.

Dalam majlis itu juga, pihak penganjur telah menayangkan video pengenalan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2012. Majlis berjalan lancar dan tamat sekitar jam 4.00 petang.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]