Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke 14

11 April - Rakyat Malaysia sukacita menerima Yang di-Pertuan Agong yang baru apabila Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Majlis penuh adat istiadat itu telah dilaksanakan di Istana Negara tepat jam 10 pagi.Surat pengistiharan pertabalan itu telah dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang turut dihadiri oleh Raja-raja Melayu yang lain.

Ini merupakan pertabalan baginda yang kedua sebagai yang di-Pertuan Agong setelah ditabalkan untuk kali pertama pada tahun 1970 dan berkhidmat selama lima tahun selaku Yang diPertuan Agong yang kelima.Inilah kali pertama, seorang sultan ditabalkan untuk kali yang kedua dalam sejarah negara Malaysia sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957.

Semoga dengan pengisytiharan ini, Malaysia mampu melangkah lebih cemerlang dalam pembangunan tanpa mengabaikan aspek pembinaan sahsiah dan modal insan yang menjadi tonggak kekuatan negara, sekaligus mengangkat Malaysia sebagai negara maju setanding negara-negara maju lain seantero dunia.

Sumber : PMRAM.org

Comments

  1. www.arrayah.info : Perbandingan Kekuasaan Khalifah dengan Kekuasaan Yang Di Pertuan Agong

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah