Ribat BKAWM with PERUBATAN


20 April - KAHERAH. Surau Sri Putra, ARWP diserikan lagi dengan Ribat BKAWM yang ke sekian kalinya. Suasana hening di waktu pagi dihidupkan dengan Qiamullail yang bermula jam 3.20 pagi yang diimamkan oleh Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz (Mantan Penasihat BKAWM). Ribat diteruskan dengan solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Mohd Ehsan bin Abu Hassan. Kemudian hadirin disajikan dengan tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Dr Ahmad Faiz bin Zaib. Beliau merupakan mahasiswa tahun tiga kuliah Perubatan di Universiti Kaherah, Mesir dan merupakan Exco Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN). Beliau memegang portfolio selaku Ketua Biro Penerbitan Dan Penerangan PERUBATAN bagi sesi 2012/2013.

Antara yang beliau telah sampaikan di dalam tazkirah beliau adalah berkenaan bagaimana Spiritual Quotient mampu menguatkan perhatian manusia terhadap apa yang sedang difokuskan. Antara contoh yang dibawa oleh beliau adalah “Ada manusia yang tidak merasakan kesakitan apabila ditembusi anak panah ketika sedang khusyuk menunaikan solat”. Penekanan yang ingin beliau sampaikan adalah bahawa kerohanian seseorang adalah amat penting untuk dititikberatkan oleh individu khususnya yang bergelar mahasiswa. Antara tindakan yang boleh dipraktikkan untuk mendidik rohani kita ialah dengan melakukan pengorbanan. Pengorbanan mampu mendidik rohani individu untuk menjadi lebih kuat. Kekuatan rohani juga amat penting bagi kita untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Alhamdulillah, Ribat BKAWM pada kali ini berjaya dijalankan dengan jemputan khas iaitu wakil daripada Exco PERUBATAN Pusat. BKAWM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian beliau untuk turun ke Ribat BKAWM yang dijalankan setiap Jumaat pagi ini. Ribat diakhiri dengan juadah yang telah disediakan oleh siswi-siswi ARWP hasil sumbangan daripada ahli. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Ribat BKAWM pada kali ini. Semoga minggu hadapan dapat bertemu kembali. Sekian~


“Tarbiah Ruhiyyah Membentuk Jati Diri Muslim.”

KESATUAN UKHUWAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]