Selamat Bertugas Ustaz Aziz Bin Haji Mohamad

Mac lalu, Baitulmal MAIWP menerima kepimpinan baru bagi menerajui Bahagian ini sejak jawatan ini dikosongkan pada 1 Januari 2011.
Ustaz Aziz bin Hj Mohamad, Pengurus Bahagian Baitulmal yang baru berkuatkuasa 16 Mac 2012 merupakan pegawai yang dipinjamkan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sabah berkelulusan Ijazah Sarjana (M.A) Syariah dan Undang-Undang , Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah dan Undang-Undang dan Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) daripada Universiti Islam Antarabangsa. Selain itu juga beliau pernah menghadiri Special Course for Senior Islamic Officers, Muslim College London, United Kingdom.
Beliau pernah bertugas di Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), dan Jabatan Pembangunan Persekutuan ICU, JPM.
Warga kerja Baitulmal khasnya mengucapkan selamat datang kepada beliau dan berharap dengan kepimpinan beliau, Baitulmal akan terus merencanakan pelbagai program dan aktiviti serta terus menyambung kecemerlangan dalam agihan zakat yang dilaksanakan.
http://www.maiwp.gov.my/index.php/utama/8-berita-maiwp/194-selamat-datang-ustaz-aziz

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Loading...