Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami.

KAHERAH, 21 April 2012 – Saudara Khairul Fikri bin Che Mat merupakan pelajar Maahad Bu'uth Islamiah Al-Azhar Kaherah telah mengalami kemalangan ketika mewakili pasukan bola sepak BKAWM di Dumyat. Beliau mengalami masalah di kaki kanannya akibat pelanggaran di lutut ketika bermain bola.

Demi meringankan beban rawatan beliau, Lajnah Kebajikan telah menghulurkan sumbangan hasil kutipan Derma Petir yang telah diadakan. Sumbangan telah diberikan oleh YDP Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain.

Seluruh barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 berharap agar semua ahli BKAWM dapat berhati-hati dalam setiap perkara demi mengelakkan berlakunya kemalangan di musim peperiksaan ini.

"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah