[ INFO IQTISODIAH: PERSPEKTIF SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA ]


KEWANGAN ISLAM : PERSPEKTIF SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perspektif sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia sedang menuju ke fasa yang lengkap kerana ia merangkumi semua komponen dalam sistem kewangan Malaysia seperti sektor perbankan, takaful, pasaran modal dan institusi bukan kewangan. Perkembangan yang pesat dan positif ini adalah disebabkan oleh sokongan rakyat, kerajaan serta kerangka perundangan yang mantap.

Pendekatan kerangka perundangan kewangan Islam di Malaysia menarik kerana ia menggabungkan dua sistem undang-undang yang berbeza iaitu undang-undang Syariah dan undang-undang sivil. Kedua-dua perundangan ini saling melengkapi antara satu sama lain. Justeru itu, jika sesuatu urus niaga kewangan Islam tidak mematuhi salah satu darinya, ia tidak sah di sisi undang-undang seperti yang dijelaskan di dalam Seksyen 2 Akta Bank Islam 1983.

Malaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang dalam urus niaga kewangan Islam. Ini bermaksud urus niaga kewangan Islam adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariah seperti sesuatu urus niaga mesti bebas daripada unsur-unsur riba (faedah), gharar (ketidaktentuan), maysir (perjudian), penipuan, monopoli dan elemen-elemen yang telah diharamkan oleh Islam. Di samping mematuhi prinsip-prinsip Syariah, urus niaga kewangan Islam adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia seperti Akta Bank Islam 1983.

Di antara sistem kewangan dan perbankan Islam yang dijalankan di Malaysia adalah seperti berikut :

1) SISTEM PERKONGSIAN UNTUNG DAN RUGI

Sistem perkongsian untung dan rugi adalah alternatif yang lain kepada sistem perbankan konvensional yang berasaskan kepada riba. Sistem perkongsian adalah kaedah yang selari dengan rangka kerja ekonomi Islam yang bebas daripada amalan bunga dalam sistem urusan bank dan kewangan Islam.

Masyarakat Islam tidak berupaya melarikan diri daripada transaksi yang berasaskan kepada riba selama mana institusi-institusi perbankan dan kewangan konvensional yang berasaskan kepada riba masih beroperasi. Untuk mengatasi masalah ini, para fuqaha dan sarjana ekonomi Islam telah mengemukakan pelbagai bentuk transaksi altenatif yang selari dengan syariah.

2) SISTEM OPERASI PERBANKAN ISLAM
Bank Islam Malaysia Berhad adalah salah satu bank perdagangan yang menjalankan operasi mengikut piawai Syariah. Seperti bank-bank perdagangan yang lain, perjalanan perniagaan dan operasi Bank Islam Malaysia adalah berbentuk sebuah institusi perantaraan antara dua kumpulan pelanggan.

Kumpulan pelanggan pertama adalah penyimpan-penyimpan. Tanpa wang simpanan mereka, bank tidak dapat menjalankan perniagaan dan operasinya. Kumpulan pelanggan kedua adalah peminjam-peminjam atau pelabur-pelabur yang ingin menggunakan wang simpanan di dalam bank untuk tujuan projek perniagaan atau pelaburan mereka bagi memperolehi keuntungan.    Berikut dijelaskan bentuk-bentuk perniagaan yang dijalankan oleh Bank Islam dengan kumpulan penyimpan dan pelabur atau pengguna wang.

JENIS-JENIS SIMPANAN

Dalam hubungan dengan penyimpan-penyimpan, bank berusaha supaya mereka membuat simpanan wang di dalam bank tersebut seperti menyediakan perkhidmatan kemudahan simpanan kepada pelanggan-pelanggannya seperti:

i. Akaun Semasa Bank menerima deposit daripada penyimpan-penyimpan yang inginkan penjagaan selamat dan kemudahan penggunaan wang mereka dalam bentuk Simpanan Akaun Semasa di bawah hukum alWadi'ah.

ii. Akaun Simpanan Al-Wadi'ah Bank menerima deposit daripada penyimpan-penyimpan yang inginkan penjagaan selamat dan kemudahan penggunaan wang mereka dalam bentuk Akaun Simpanan di bawah prinsip al-Wadi'ah.

iii. Perkhidmatan ATM Bank juga memberikan perkhidmatan "Automated Teller Machine" (ATM) kepada pemegang-pemegang akaun simpanan melalui akaun SMART BIMB. Ini bermakna rekod akaun-akaun mereka akan dipindahkan ke dalam kad.

iv. Akaun Pelaburan Am Bank menerima wang dari penyimpan-penyimpan yang bermaksud untuk melabur melalui Bank dalam bentuk akaun pelaburan berasaskan prinsip al-Mudarabah.

v. Akaun Pelaburan Khas Bank juga menerima deposit daripada para pelanggan dan sektor kerajaan serta korporat yang terpilih di dalam bentuk Akaun Pelaburan Khas di bawah prinsip al-Mudarabah.

vi. Akaun Simpanan al-Mudarabah Akaun ini merupakan akaun pelaburan yang diubahsuai sebagai akaun simpanan dan diuruskan di bawah prinsip al-Mudarabah.

JENIS-JENIS PEMBIAYAAN DAN PELABURAN

Bank menyediakan pelbagai jenis pembiayaan, bentuk pelaburan dan khidmat kepada peminjam, rakan pelabur dan pelanggan-pelanggannya berlandaskan kepada piawai Syariah. Berikut adalah bentuk-bentuk pelaburan dan pembiayaan yang disediakan oleh bank mengikut piawai Syariah secara ringkas:

 i. Pembiayaan Projek Berasaskan al-Mudarabah Hukum al-Mudarabah boleh diikuti oleh bank bagi pembiayaan projek.

 ii. Pembiayaan Projek Berasaskan al-Musharakah Bank juga boleh membiayai projek dengan berlandaskan kepada hukum al- Musharakah.

 iii. Pembiayaan Memperolehi Harta Berasaskan Jualan Dengan Tambahan Untung

 iv. Pembiayaan Memperolehi Harta Berasaskan Jualan Harga Tangguh Urusan yang dinyatakan dalam surat kredit adalah berasaskan jualan dengan Tambahan Untung (almurabahah).

 v. Pembiayaan Memperolehi Kegunaan Atau Khidmat Harta Berasaskan Sewaan

 vi. Pembiayaan Memperolehi Harta Berasaskan Sewa-Jual (al-Ijarah Thumma al-Bai /AITAB)

 vii. Pembiayaan Kehendak Modal Pusingan Berasaskan Jualan Dengan Tambahan Untung


JENIS-JENIS PEMBIAYAAN PERDAGANGAN

Selain daripada menyediakan kemudahan pembiayaan dan pelaburan untuk pelaksanaan projek serta pembiayaan untuk memperolehi harta dan pembiayaan kehendak modal pusingan, bank juga menyediakan kemudahan dan khidmat pembiayaan perdagangan kepada pelanggan-pelanggannya. Kemudahan dan khidmat pembiayaan perdagangan ini disediakan oleh bank bagi memenuhi kehendakkehendak pembiayaan perdagangan sama ada perdagangan luar negeri atau dalam negeri. Ada beberapa jenis kemudahan dan khidmat pembiayaan perdagangan yang boleh disediakan oleh bank. Dalam bahagian ini akan disebutkan beberapa jenis sahaja sebagai contoh.

SURAT KREDIT (LETTER OF CREDIT)

Bank menyediakan kemudahan dan khidmat surat kredit kepada pelanggan-pelanggannya. Bank boleh memberi kemudahan dan khidmat ini dengan berlandaskan mana-mana satu daripada tiga hukum berikut mengikut kesesuaian kehendak pelanggan, iaitu al-Wakalah, al-Musharakah dan jualan dengan tambahan untung (al-Murabahah).

 i. Surat Kredit Berasaskan al-Wakalah
Bank boleh mengeluarkan surat kredit dengan berlandaskan hukum al-Wakalah.

 ii. Surat Kredit Berasaskan al-Musharakah
Bank boleh juga mengeluarkan surat kredit dengan berlandaskan hukum al-Musharakah.

 iii. Surat Kredit Berasaskan Jualan Dengan Tambahan Untung (al-Murabahah)

 iv. Surat Jaminan (Letter of Guarantee)

 v. Pembiayaan Modal Pusingan Di Bawah Prinsip al-Murabahah

 vi. Pengsekuritian dan Bil Penerimaan Islam (IAB-Import) (Kontrak: Bay'al- Dayn I Perniagaan Hutang)

 vii. Pengsekuritian dan Pembiayaan Eksport (IAB-Eksport) (Kontrak: Bay' aldayn I Perniagaan Hutang)

 viii. Pembiayaan Semula Kredit Eksport Secara Islam (Islamic Eksport Credit Refinancing) (Kontrak: Bay' al-Dayn I Perniagaan Hutang)

Bagi memastikan metode-metode, kaedah-kaedah dan mekanisme kewangan dan perbankan Islam bergerak lancar serta penambahbaikkan dalam masa akan datang, rangka kerja pengawalan dan penyeliaan dibuat untuk memperkukuh daya tahan institusi dan kestabilan sistem.

PENGAWALAN DAN PENYELIAAN

Perkembangan pengawal seliaan dalam bidang kewangan Islam tertumpu pada: (i) memuktamadkan terbitan enam piawaian Syariah tambahan; (ii) melaksanakan kajian semula ke atas Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah; (iii) melaksanakan piawaian modal dan mudah tunai bagi bank-bank Islam; dan (iv) menyediakan panduan dan penjelasan lanjut berhubung dengan olahan pengawal seliaan untuk produk akaun pelaburan.

Piawaian Syariah dan Keperluan Operasi Keputusan Syariah oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS) telah dikuatkuasakan melalui Piawaian Syariah dan Keperluan Operasi bertujuan untuk menggalakkan pengurusan mengendalikan risiko yang berkesan dalam perniagaan kewangan Islam tadbir urus Syariah . Kajian semula Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah telah dilaksanakan oleh Bank untuk mengambil kira industri perbankan Islam yang lebih matang dan sedang berkembang pesat di Malaysia.

 Dalam merealisasikan impak positif sosio ekonomi kewangan Islam, Kewangan Islam yang berteraskan prinsip Syariah, mempunyai potensi yang besar untuk menzahirkan tawaran nilai dari segi pembangunan ekonomi dan sosial. Dalam hal ini, bank dengan kerjasama industri giat meneruskan strategi untuk merealisasikan impak positif ini.

Langkah yang diambil secara amnya menjurus pada empat dimensi: menggalakkan perkembangan, mutu institusi, keterangkuman dan kepelbagaian serta kecekapan pengantaraan kewangan Islam. Pada masa hadapan, penilaian kesan kewangan Islam terhadap ekonomi dan masyarakat mengikut setiap dimensi ini akan diberikan tumpuan utama dalam menentukan keutamaan pembangunan dan pengawalseliaan kewangan dan perbankan Islam di Malaysia.


Rujukan
1.Bank Negara – Pembangunan dan Kewangan Islam
2.Jurnal Sistem Kewangan Islam Di Malaysia



Disediakan oleh:

Mohd Asrool Hasbullah Bin Shuib,
 Juruaudit Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
 Sesi 2017/2018. 

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]