[ TINTA DAKWAH: LGBT SATU MUSIBAH ]
LGBT Satu Musibah
LGBT merujuk kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender. Isu ini semakin berleluasa di negara kita. Malah ada beberapa
pihak yang cuba menyokong dan mempertahankan golongan serta aktiviti songsang
ini.
Dalam
pandangan Islam, LGBT merupakan perbuatan yang sangat keras dilarang kerana
sudah menyalahi fitrah diri manusia. Perbuatan ini menjadi dosa besar bahkan
lebih besar daripada perbuatan zina yang telah dijelaskan sebelumnya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibendung
dengan segera.
Tahukah kita bahawa Allah SWT mengancam kaum dan golongan
yang mempunyai sifat songsang ini. Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
وَلُوطًا إِذْ قَالَ
لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ
الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ
ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ
Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata
kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah
dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas” [Surah al-A’raf:
80-81]
Allah SWT mengatakan kepada kaum Nabi Luth bahawa sesungguhnya
perbuatan keji itu belum pernah dilakukan oleh sesiapapun di muka bumi ini
sebelumnya, sama ada manusia atau binatang.
Apabila seseorang manusia cenderung menyalurkan nafsu syahwatnya
dengan cara yang haiwan pun enggan melakukannya, maka kita boleh tahu bagaimana
kedudukan jiwa manusia itu. Bukankah ini merupakan musibah yang paling besar
yang menurunkan darjat manusia lebih rendah dan lebih teruk daripada binatang?
Betapa hinanya golongan LGBT ini sehingga berkata Mujahid,
seorang ahli tafsir: “Orang yang melakukan perbuatan homoseksual meskipun dia
mandi dengan setiap titisan air dari langit dan bumi masih tetap najis”
Rasullullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang kamu dapati
melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah
dan Ahmad]
Dari Jabir r.a, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku
takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah dan
Tirmizi]
Balasan kaum songsang dalam
al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Patutkah kamu melakukan
hubungan jenis dengan lelaki dalam kalangan manusia, dan kamu tinggalkan apa
yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal)
daripada badan isteri-isteri kamu (Kamu orang yang bersalah)
bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan).
Mereka menjawab. Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada
mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar, Nabi Luth
berkata: “Sesungguhnya aku daripada orang yang bencikan perbuatan kamu yang
keji itu". (Surah as-Syuara’: 165-168)
Allah berfirman lagi mafhumnya: "Ketika seksaan daripada Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang yang zalim." (Surah Hud: 82-83)
Perbuatan songsang ini adalah perkara yang dilaknat Allah SWT. "Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki." (HR Bukhari)
Allah berfirman lagi mafhumnya: "Ketika seksaan daripada Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang yang zalim." (Surah Hud: 82-83)
Perbuatan songsang ini adalah perkara yang dilaknat Allah SWT. "Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki." (HR Bukhari)
Tidak takutkah kita pada ancaman Allah sepertimana yang
diceritakan dalam al-Quran? Gejala songsang ini telah lama berlaku, namun kini
ia semakin menular dalam generasi, bangsa dan negara kita. Mahukah apa yang
terjadi pada kaum Luth berlaku pada kita?
Oleh
itu, janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak
melibatkan diri kita secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku
ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.
Firman
Allah di dalam Surah al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
Dan jagalah diri kamu daripada
(berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa
orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu
secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Di dalam konsep menegah kemungkaran,
sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke
dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan memberi kesan pada
masa hadapan. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi
menyelamatkan anak bangsamu?
Kesimpuannya, marilah sama-sama kita
berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepada kita dan anak keturunan kita agar
tidak terjerumus dan bergelumang dalam dosa yang keji ini dan memberikan
hidayah kepada mereka yang telah terlanjur untuk kembali serta bertaubat
menuntut keredaan Allah SWT daripada lumpur dosa ini.
Disediakan oleh:
Natasya
Amirah binti Abdul Jalil,
Timbalan
Unit Surau,
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2017/2018.
Comments
Post a Comment