[ BERITA: SIMPOSIUM ILMUAN MUDA ISLAM 2018 (SOLUSI '18) ]



KAHERAH, 24-25 Februari 2018- Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri telah mengadakan Simposium Ilmuan Muda Islam 2018 (SOLUSI ’18) yang disertai oleh  mahasiwa dan mahasiswi di perlembahan Nil. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri, saudara Ahmad Muhaimin bin Mohd Zain, Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.
     
   Program ini dibahagikan kepada lima slot sepanjang dua hari tersebut. Slot pertama membincangkan berkenaan “Eskatologi Menurut Hadis Akhir Zaman” yang dibentangkan oleh Syeikh Ali Abdul Basit Muzid yang merupakan pensyarah Hadis wal Ulumuhu, Universiti al-Azhar. Slot ini lebih membincangkan berkaitan perihal akhir zaman. Selain itu, membicarakan berkenaan tanda-tanda kiamat yang berlaku di akhir zaman serta peranan kita dalam menghadapinya. Di samping itu, tujuan slot ini adalah untuk melahirkan generasi yang optimis serta bijak menghadapi zaman fitnah berteraskan wahyu.
     
    Seterusnya, slot kedua disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Yahya yang membincangkan berkenaan “Siasah Syar’iyyah” dalam pemerintahan negara dengan aplikasi maqasid syar’iyyah dan fiqh sab’ah. Pengisian berkisarkan tentang maksud siasah syar’iyyah dan kaitan sistem pemerintahan sesebuah negara dengan susunan fiqh sab’ah serta kaedah fiqh yang paling sesuai untuk diserapkan dalam pemerintahan sesebuah negara pada era modenisasi.



      
   Kemudian diteruskan lagi dengan slot yang ketiga iaitu “Kuasa Pemerintahan Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Zaharudin bin Muhammad. Pengisian berkisarkan tentang kaedah Islam menyusun sistem pentadbiran mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

    
   Hari yang kedua, diteruskan lagi dengan slot yang keempat yang bertajuk “Muslimat dan Non-Muslim dalam Gerakan Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Yahya. Pengisian ini telah membincangkan maksud demokrasi dan peranan muslimat serta bukan Islam dalam pemerintahan Islam. Seterusnya, slot kelima yang disampaikan oleh  Ustaz Zaharudin bin Muhammad yang membincangkan tentang “Sistem Ekonomi Islam”, di mana dalam pengisian ini menjelaskan tentang sebab berlakunya salah laku dalam ekonomi Islam mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.
     
   Kemudian, para peserta disajikan pula dengan alunan nasyid daripada kumpulan al-Wadi selepas selesai sesi soal jawab bersama Ustaz Zaharudin bin Muhammad. Program ini diakhiri dengan  majlis penutup dan ucapan daripada wakil Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang selaku perasmi majlis penutup dan penyerahan hadiah cenderamata kepada pengisi sepanjang program selama dua hari.  Akhir sekali, diharapkan para peserta dapat mengutip sebanyak mungkin manfaat sepanjang program SOLUSI ’18 di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.





Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]