[ BERITA: BENGKEL MUSHRIF PENERANGAN 2018 ]
[ BERITA: BENGKEL MUSHRIF PENERANGAN 2018 ]
KAHERAH, 11 April 2018 – Bersyukur ke
Hadrat Ilahi program Bengkel Musyrif Penerangan telah selamat dijalankan pada
11 April 2018. Bengkel Musyrif Penerangan adalah sebuah program yang julung
kalinya diadakan anjuran bersama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
(BKAWM) dan Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KIPM) bagi melahirkan pelapis
sebagai tour guide di Mesir. Ahli Jawatankuasa program ini terdiri daripada
5 orang ikhwah dan 5 orang akhawat masing-masing daripada BKAWM dan KPIPM. Program
ini telah berlangsung selama sehari dan disertai oleh 27 orang peserta siswa
dan 10 orang peserta siswi.
Antara objektif penting
Bengkel Musyrif Penerangan adalah melahirkan tenaga ahli yang mahir
dalam bidang musyrif penerangan, mencungkil bakat dan memupuk keyakinan diri dalam penyampaian
dan penerangan dan meningkatkan pengetahuan ahli berkenaan tempat-tempat
bersejarah di Mesir.
Program Bengkel Musyrif
Penerangan telah dimulakan dengan pengisian slot 1 (Panduan Musyrif Jaulah
Maqam) yang telah disampaikan oleh saudara Muhammad Abror Bin Mohd Ishak.
Aktiviti diteruskan dengan pengisian slot 2 (Pengisian Tempat Jaulah Maqam)
yang telah disampaikan oleh saudara Akmal Aliff Bin Saleh.
Semua pengisian berjalan
dengan lancar dan mengikut tentatif yang telah diatur. Kami sebagai Ahli Jawatakuasa Program berpuas
hati dengan sambutan peserta terhadap program yang telah dijalankan. Terbukti
disinilah kita dapat membuktikan ukhwah dan bekerjasama walaupun berlainan
negeri dan dapat memecahkan tembok sifat kenegerian.
Program Bengkel Musyrif
Penerangan telah melabuhkan tirai di penghujungnya bertempat di Dewan Sheikh
Sya’rawi Baitul Rahman. Majlis penutup Bengkel Musyrif Penerangan telah
dirasmikan oleh YDP KPIPM sesi 2017/2018, saudara Mohamad Bukhari Ridha bin
Mohd Bakri. Maka berakhirlah program anjuran bersama BKAWM dan KPIPM julung
kali yang diadakan ini dengan memberi pendedahan kepada peserta untuk bersedia
menjadi tour guide dalam program yang berkaitan jaulah pada masa akan
datang. Program juga sempat meminta supaya diberikan muhasabah yang membina
daripada peserta.
Bersama kita memohon agar
Allah SWT menerima sumbangan kecil kita ini sebagai suatu asbab yang barangkali
dapat membantu kita masuk ke syurgaNya . Tidak lupa juga kepada penyumbang dana
dan tenaga sama ada secara lansung mahupun tidak yang telah berjasa dalam
menjayakan program ini .
Disediakan oleh:
MUHAMMAD FAHIM AMAR BIN ABDUL RAHIM
Ketua Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah BKAWM sesi 2017/2018
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
Comments
Post a Comment