[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2018/2019 ]




[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2018/2019 ]


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad
SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, alhamdulillah.

Bulan Oktober bakal menjelang, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM 2018. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan BKAWM yang akan datang.

Berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2):

"........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan."



Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2018/2019 yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM pada tarikh 10/9/2018 adalah seperti berikut :


1. Luqman Hakim bin Haji Kamaruddin


2. Amirul Arif bin Shukri


3. Amirah Uzma binti Mohammad Sharifuddin


4. Puteri Siti Umaira binti Amran


Besar harapan kami agar seluruh ahli BKAWM memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan BKAWM yang akan datang.

Sii'ru ala barakatillah.


"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"


"BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI"


Yang menjalankan tugas,

Muhammad Aiman bin Md Rashid,
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]