[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ]
[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ]
KAHERAH, 12 Ogos 2018 –Program Marsa
Matruh Siwa 2018 atau singkatannya
SUMMER‘ 18 adalah sebuah program anjuran oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah
Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang
berada di Mesir pada musim cuti panas. Program ini telah berlangsung selama 2
hari berturut-turut bermula 10 Ogos 2018 sehingga 11 Ogos 2018.
Antara objektif penting
SUMMER‘ 18 adalah untuk mengeratkan
ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan di Mesir, menambah thaqafah serta membuka minda para peserta bagi menghayati
keindahan alam ciptaan tuhan.
Program SUMMER’ 18 dimulakan
pada 9/8/2018 dengan taklimat ringkas perjalanan program oleh saudara Abdul
Hadi Bin Nazaruddin , ketua Unit Pengisian di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan
pada jam 10 malam. Perjalanan ke Matruh bermula seawal jam 12 malam dan
berhenti seketika di masjid pada jam 4 pagi untuk solat subuh dan tazkirah subuh
yang telah disampaikan oleh saudara Abdul Wafi bin Alias, Penasihat BKAWM sesi
2017/2018. Perjalanan ke Matruh diteruskan lagi selepas selesai sarapan pagi.
Acara pertama iaitu
sukaneka berlangsung di Pantai Putih sambil menyediakan makanan tengah hari setelah kesemua peserta
solat zohor secara berjemaah di tepi pantai.
Setelah itu, para peserta menikmati makan tengah dan bermandi-manda di
tepi pantai sambil berswafoto bersama rakan-rakan. Kelihatan semua peserta
sangat gembira dengan pengisian serta aktif dalam semua aktiviti yang
dianjurkan.
Seterusnya, perjalanan
diteruskan ke pantai Agiba dan bergambar beramai-ramai disana. Aktiviti hari
pertama diakhiri dengan semua peserta berehat di rumah tumpangan di Matruh. Pada
keesokan paginya, perjalanan diteruskan ke Siwa sejurus sahaja menunaikan solat
subuh secara berjemaah. Sepanjang perjalanan ke Siwa, waktu lapang itu diisi
dengan permainan radio karat.
Para peserta sempat berehat
sebentar di kolam air panas Siwa sebelum perjalanan diteruskan ke padang pasir
Oasis. Disana, peserta berkesempatan untuk menaiki kenderaan pacuan empat roda
dan dibawa merentasi padang pasir yang penuh liku dan bukit bukau. Akhirnya,
kesemua peserta berkesempatan untuk menyertai permainan sandboarding.
Kelihatan wajah kesemua
peserta berpuas hati dengan jaulah kali ini. Semasa perjalanan pulang, program
berhenti seketika di tasik garam. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah
dan ucapan penutup oleh saudara Muhammad Hadi Bin Idris selaku Pengarah
SUMMER’18 di kawasan rehat di Siwa.
Disediakan oleh:
MUHAMMAD ASHRAF BIN AHMAD ROSDI
Setiausaha Marsa Matruh Siwa 2018 (SUMMER '18).
Setiausaha Marsa Matruh Siwa 2018 (SUMMER '18).
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
Comments
Post a Comment