[ WILAYAH PERSEKUTUAN ACTIVICT GATHERING 2.0 ]




KAHERAH, 9 Oktober 2017- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutan Mesir dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan Wilayah Persekutuan Activist Gathering 2.0 di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

Majlis ini telah disertai seramai 150 orang termasuk ahli BKAWM dari muhafazah. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran peserta Apprentice the 18th serta pendaftaran peserta anugerah cemerlang dan graduan. Kemudian majlis diteruskan dengan slot "Kepentingan Berilmu dan Beramal dalam Misi Dakwah" yang disampaikan oleh saudari Nur Hafizah binti Mohamad Rahman. Majlis diteruskan pula dengan kalam penutup Apprentice the 18th daripada saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib selaku pengarah program.

Pada waktu malam, majlis diteruskan dengan pengenalan calon AJKT HEWI sesi 2017/2018 di bawah kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Program diteruskan dengan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang BKAWM oleh Encik Ahmad Fadli bin Adam selaku Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah cemerlang dan graduan, penyampaian sijil program serta Jabatan Lajnah dan Unit. Kemudian, penyampaian anugerah khas Jabatan Yang Dipertua dan sijil graduasi Apprentice the 18th.

Majlis diakhiri dengan tayangan video dan jamuan makan. Semoga program ini diberkati oleh Allah di samping dapat mengeratkan hubungan sesama kita.

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah