[ BERITA: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2018 (MSP '18) ]




[ BERITA: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2018 (MSP '18) ]



KAHERAH, 5 APRIL 2018 -  Program Muhasabah Separuh Penggal 2018 (MSP '18) telah berlangsung di Surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie, yang dikelolai oleh Lajnah Perancang BKAWM dengan kerjasama AJKT/HEWI BKAWM sesi 2017/2018.

Program ini diadakan untuk membuat penilaian terhadap gerak kerja separuh sesi pertama. Selain pimpinan, ahli juga terlibat membuat penilaian dengan mengemukakan muhasabah dan cadangan kepada barisan kepimpinan secara terus.





Majlis dimulakan dengan tazkirah dan bacaan surah yasin. Kemudian, sejurus solat Isya' slot Muhasabah Separuh Penggal bermula. Jabatan Setiausaha Agung (JASA) menjemput setiap 3 unit bagi membentangkan laporan. Seterusnya, JASA membuka ruangan sesi muhasabah & cadangan daripada ahli. Akhir sekali, JASA menyerahkan kepada Lajnah Perancang (LP) bagi membentangkan laporan usul BKAWM. Slot ini disudahi dengan kalam YDP dan NPH.

Majlis disusuli dengan penyampaian sijil kepada aktivis BKAWM sepanjang penggal pertama sebagai tanda penghargaan dan penerangan khas mengenai Skim Elaun Tajaan Rakan (SETARA).





Majlis diserikan dengan Sambutan Hari Lahir bagi meraikan ahli yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Sebelum Majlis berakhir, turut ditayangkan video program-program sepanjang penggal pertama.

Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW bahwa beliau berkata, "Orang yang cerdas adalah orang yang mempersiapkan (menghisab) dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang bodoh adalah orang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT." (HR. Imam Tirmizi).






Justeru, perangkaan dan perancangan program ini dijana bagi memastikan produk yang baik mampu dihasilkan

Disediakan oleh:

FARHATIN NAJWA BINTI BAHTIYAR
Setiausaha, Lajnah Perancang BKAWM sesi 2017/2018

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kasatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]