[ PENGUMUMAN: PENGARAH SPR BKAWM 2018 TELAH DILANTIK ]




[ PENGUMUMAN: PENGARAH SPR BKAWM 2018 TELAH DILANTIK ]





Assalamualaikum wrh wbt.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM pada tarikh 10/9/2018 telah pun bersetuju membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihanraya 2018 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2018/2019.

Oleh itu, peringkat BKAWM telah melantik saudara Muhammad Alauddin bin Mohd Zulkifli sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya 2018 dan saudari Siti Sarah binti Mohamed Shukor sebagai Timbalan Pengarah bagi mengetuai pemilihan tersebut. Kenyataan Rasmi Pengarah akan dikeluarkan bagi memaklumkan perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya 2018.

Untuk mengetahui tentang perjalanan SPR BKAWM pada kali ini, sila layari Laman Facebook Rasmi SPR BKAWM,https://www.facebook.com/Suruhanjaya-Pilihanraya-BKAWM-331058013899263/ dan Blog Rasmi iaitu bkawm2u.blogspot.com.

Sekian terima kasih.


"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"


"BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI"



Yang menjalankan tugas,

Muhammad Aiman bin Md Rashid,
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]