[ KALAM PIMPINAN: GENERASI MUDA HEBAT ]


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan tabien serta pendokong pejuangan sepanjang zaman. Pemuda dalam  pengertian bahasa adalah manusia yang berumur antara 15 sehingga 30 tahun. Pemuda dalam Bahasa Arab adalah الشباب. Di dalam Islam, pemuda sangat berperanan penting dalam mengembangkan dakwahnya. Hal ini dapat kita lihat daripada kisah-kisah pemuda dalam al-Quran dan kisah-kisah para sahabat Rasulullah SAW. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang pemuda, antaranya firman Allah SWT :

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى           

“Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk”
(Surah al-Kahfi: ayat 13)

Di dalam ayat ini dikisahkan tentang para pemuda Ashabul Kahfi, simbol pemuda beriman yang teguh pendirian. Jadi, untuk menjadi generasi muda yang hebat, pemuda haruslah mencontohi pemuda-pemuda pada zaman Nabi dahulu seperti saidina Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan contoh sahabat-sahabat yang lain. Kita juga boleh mengambil ibrah daripada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, dimana kepimpinan beliau telah berjaya menakluki Konstantinopel ketika usiannya yang muda.

Sejarah mengajarkan kepada kita selaku pemuda agar memiliki semangat juang yang tinggi bagi pembangunan masa depan bangsa. Pepatah mengatakan jika mahu melihat bagaimana suatu bangsa akan datang, lihat bagaimana pemudanya pada hari ini. Tidak dilupakan bahawa ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas juga merupakan aspek yang penting bagi generasi muda.

Di Mesir ini, kita selaku anak-anak Wilayah Persekutuan dapat lihat bahawa Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) merupakan medium di mana kita boleh melatih diri kita untuk menjadi generasi muda yang hebat. BKAWM telah menganjurkan kelas-kelas tafaqquh, daurah kitab, mengadakan program-program yang melibatkan diri dengan masyarakat serta memberi peluang kepada ahli untuk mengendalikan sesuatu program. Dengan ini, kita dapat melatih diri kita sebagai persediaan dalam menghadapi masa hadapan.

Akhir sekali, saya tinggalkan dengan pesanan daripada as-Syahid Imam Hassan al-Banna iaitu: “Asas keimanan adalah hati yang bersih, asas keikhlasan adalah jiwa yang suci, asas semangat adalah keinginan yang kuat, asas usaha adalah keazaman yang membara. Dan semua sifat ini tidak wujud kecuali hanya pada pemuda”.

Disediakan oleh:
Puteri Siti Umaira binti Amran,
Timbalan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah,
BKAWM sesi 2017/2018

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]