KOTA BHARU, 10.Ogos - Tuntutan hak Kelantan terhadap royalti minyak bukan sahaja melibatkan rakyat di negeri ini sahaja, malah ia juga terpanggil oleh seramai 1100 anak-anak Kelantan yang belajar di Mesir. Hari ini, seramai 20 wakil pelajar Mesir dari Persatuan Anak-Anak Kelantan di Mesir(KPKM) telah membawa memorandum dan diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat . Menurut Penasihat KPKM Muhammad Ab.Malik Ab.Karim, penyerahan memorandum tersebut adalah bagi menzahirkan sokongan anak-anak Kelantan yang berada di Mesir terhadap tindakan kerajaan Kelantan yang menuntut hak royalti hasil petroleum dari kerajaan pusat. KPKM juga telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa bagi mendapat sokongan dan telah membuat penerangan terhadap hak Kelantan dalam isu ini dan ia diketuai oleh Yang Dipertua KPKM Muhamad Najid Abdullah. “ Diantara aktiviti yang dilancarkan di sana ialah mendapat tandatangan anak Kelantan dan member penerangan perkembangan semasa tu...