[ RISALAH KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU Bil 02: KEBERSIHAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW ]
BIL 02 : KEBERSIHAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW Kesempurnaan agama mencakupi setiap inci kehidupan umatnya. Islam menyanjung tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan yang istimewa sehingga Nabi Muhammad SAW menegaskan ianya sebahagian daripada iman. Kebersihan dapat dilihat melalui ibadah rutin individu muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wudhu’, pakaian, dan tempat ibadah. Nabi Muhammad SAW menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula daripada tubuh badan baik rohani mahupun jasmani. Sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran juga harus dipastikan kebersihannya. Antara kebersihan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW ialah melalui hadis-hadis sahih yang tersebut: 1. Sunnah memakai wangian bagi lelaki “Rasulullah bersabda: Seseorang yang mandi pada hari jumaat bersuci menurut kemampuannya, memakai minyak rambutnya, atau memakai minyak harum keluarganya, kemudian keluar serta tidak mem...