Posts

Showing posts from March, 2020

[ KALAM PIMPINAN: MEMBASMI MAKSIAT DALAM KALANGAN MAHASISWA ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan penguasa alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang menerima syafaat baginda. Firman Allah swt dalam Surah al-Anfal, ayat 25: وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ “Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya” Dalam menjalani kehidupan seharian, seharusnya kita perlu berhati-hati dengan segala ujian yang menimpa. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi peringatan dan menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya pada yang zalim, malah kepada yang beriman juga. Bahkan dalam sebuah hadis, Baginda bersabda: لم تظهر الفاحشة في قوم قط حتى يعلنوا بها الا فشا فيهم ال

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Image
(وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ) [Surat al-Baqarah 30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Tugas sebagai seorang khalifah adalah sangat besar. Kerana tanggungjawab untuk melaksanakan syariat Allah akan ditentang habis-habisan oleh musuh-musuh Islam. Namun, kita sebagai pemuda perlu berjiwa besar dalam berhadap

[ WIFI’20: EKONOMI ISLAM MENGINSPIRASI KEMAJUAN UMMAH ]

Image
KAHERAH, 8, 9 & 10 Mac 2020 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020 telah berjaya mengadakan program Wilayah Persekutuan Food Fiesta 2020 (WIFI’20) selama tiga hari. Program ini telah diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan Hayyu Sabie'. Seramai 21 orang Ahli Jawatankuasa Pelaksana program dan 59 orang Ahli Jawatankuasa Kecil diperuntukkan. Antara objektif penting WIFI’20 ialah menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM di samping itu membuka ruang kepada ahli untuk menjana kewangan. Program ini juga bertujuan menerapkan urusniaga berlandaskan perundangan Islam dan mewujudkan suasana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir. Sebanyak 10 gerai yang dibuka terdiri daripada 10 gerai makanan bagi penender siswa dan satu gerai air yang dioperasi oleh pihak program sendiri. Gerai-gerai yang beroperasi menyediakan pelbagai juadah yang menarik seperti Nasi Ayam Tandoori Bakar, Burger Leleh Warisan, Mee

[ KALAM PIMPINAN: KEFAHAMAN ISLAM YANG SYUMUL ]

Image
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi yang maha mengasihani. Kami bersyukur pada hari ini kerana Engkau masih memberikan kepada kami dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Tanpa kedua-dua nikmat ini, bukan siapa-siapa lah kami disisi Mu. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ini, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT di dalam al-Quran: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Surah al-Baqarah, ayat 208) Ayat diatas menjelaskan bahawasanya Allah SWT menyeru kepada semua orang beriman untuk berpegang dengan agama yang diredai-Nya iaitu agama Islam dan setelah memasukinya, wajiblah keatas

[ BERITA: JELAJAH TURSINA WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 (TURSINA '20) ]

Image
SEMENANJUNG SINAI, 2 & 15 FEBRUARI 2020 – Sempena cuti musim sejuk pada kali ini, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan program Jelajah Tursina Wilayah Persekutuan 2020 (TURSINA ’20) pada 2 – 4 Februari 2020 bagi siswa dan 15 – 17 Februari 2020 bagi siswi. Seramai 55 orang peserta siswa dan 39 peserta siswi telah menyertai program ini. Peserta-peserta dibawa menjelajahi sekitar Sinai dan Dahab. Antara objektif yang diketengahkan pihak program ialah melihat kekuasaan dan keagungan ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini disamping mengambil pengajaran serta meningkatkan pengetahuan ahli terhadap sejarah-sejarah Islam. Selain itu, dapat mengeratkan ukhuwah islamiah dan membentuk kekuatan jasmani dan rohani anak-anak Wilayah Persekutuan. Program ini dimulakan dengan taklimat keselamatan dan disiplin daripada Unit Pengisian dan Disiplin pada malam hari. Peserta-peserta bertolak menuju ke Sinai pada jam 3.00 pagi keesokan harinya da