Posts

Showing posts with the label ydp

[MAKLUMAN KESELAMATAN]

Pemeriksaan Polis Terhadap Pelajar Wafidin Pihak HISBAH telah menerima maklumat daripada beberapa sumber  mengenai  pemeriksaan polis terhadap pelajar-pelajar khususnya wafidin pada harini.  Pemeriksaan ini selaras dengan Fasa Darurat yang diisytiharkan oleh pihak Kerajaan Mesir beberapa bulan yang lalu. Berikutan itu, pihak HISBAH BKAWM memperingatkan ahli supaya : 1. Mempunyai passport, kerneh pelajar dan visa yang hidup. 2. Tidak keluar rumah melainkan disebabkan perkara yang penting walaupun mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap. 3. Menyimpan bahan-bahan sensitif serta barangan yang mendatangkan syak wasangka terhadap pihak polis 4. Segera memperbaharui visa masing-masing bagi yang telah tamat tempoh dan mengambil segera jika passport dan visa telah siap diperbaharui. 5. Memberi kerjasama terhadap pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. 6. Sentiasa daftar keluar daripada mana-mana akaun laman sosial seperti Facebook dan lain-lain. 7. Jika rumah anda ...

[BERITA : MAJLIS PERASMIAN IHYA' TARBAWI RAMADAN 2017]

Image
KAHERAH, 25 Mei 2017 - Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah melaksanakan perasmian program Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 ( IHTIRAM '17) yang bertempat di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Objektif program kali ini tidak lain tidak bukan bagi menghidupkan dan memeriahkan bulan Ramadan di samping menambah rasa cinta dan kasih kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Program ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Amirul Arif bin Shukri , Pengarah IHTIRAM `17 dan diikuti dengan ucapan serta perasmian oleh saudara Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017. Setelah selesai ucapan dan perasmian, program diteruskan dengan gimik perasmian Tabung IHTIRAM `17. Tujuan tabung ini diwujudkan bagi mengutip dana untuk menampung aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini di samping memberi galakkan kepada semua untuk bersedekah. Akhirnya, harapan agar ma...