[ KALAM PIMPINAN: LIRIH KEIKHLASAN ]
[ KALAM PIMPINAN: LIRIH KEIKHLASAN ] السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia dan inayah-Nya, kita masih diberi peluang untuk hidup bagi meneruskan segala perintah daripada Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya. Bersyukur juga atas segala nikmat yang Allah berikan di mana nikmat itu tidak pun kita minta, namun Allah tetap berikan buat hamba-Nya atas rahmatnya Allah SWT. Firman Allah SWT: وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." [Surah az-Zariyat: Ayat 56] Ayat di atas mengingatkan kepada kita bahawa tujuan Allah menciptakan manusia dan jin di muka bumi ini iaitu mengabdikan diri kepada-Nya. Telah digariskan dalam syariat Islam yang diwahyukan oleh All...