[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA PANJI DAKWAH ]
[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA PANJI DAKWAH ] Assalamualaikum wrh wbt. Segala puji bagi Allah yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan yang mulia, Nabi Muhammad SAW, ikutan sepanjang zaman. Pada bulan Muharram ini, banyak peristiwa yang dicatatkan di dalam buku-buku sirah berkenaan kebangkitan agama Islam di zaman Rasulullah SAW. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW merupakan satu peristiwa yang sangat penting bagi umat Islam. Peristiwa tersebut merupakan titik tolak kepada perjuangan Islam yang sangat penting di mana generasi awal para sahabat telah menjadikan hijrah sebagai permulaan tahun bagi umat Islam. Hal ini menandakan bahawa perlu untuk sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada sirah Nabi Muhammad SAW ini. Di antara iktibar dan perkara penting yang boleh diambil ialah, golongan pemuda atau belia bekerjasama untuk menegakkan agama Islam di tempat masing-masing. Antara pemuda-pemuda di zaman Rasulullah SAW yang membantu pe...