[ RISALAH BIAH SOLEHAH Bil 03: KERENDAHAN HATI, KETULUSAN BUDI ]
Bil 03: Kerendahan Hati, Ketulusan Budi Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan hamba-hamba ar-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila mereka disapa oleh orang yang jahil (dengan kata-kata yang kesat) mereka menjawab dengan ucapan yang baik." (Surah al-Furqan 25 : 63) Al-Shahid Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan bahawa inilah antara ciri pertama ibad ar-Rahman atau sifat hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi Rahmat. Mereka berjalan di atas muka bumi dengan penuh rendah hati dan menjaga diri daripada terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan oleh orang yang jahil sebagai bukti ketinggian jiwa mereka.