[ KALAM PIMPINAN: SAHABAT CERMINAN DIRI ]
Bismillahirrahmanirrahim قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّى كَانَ لِى قَرِينٌ() Seorang di antaranya berkata: "Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). Surah as-Saffat, ayat ke-51. Teman atau sahabat merupakan satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya bagi menghilangkan kesunyiaan hidup saat melayari kehidupan di dunia ini. Sebagai makhluk sosial kita tidak dapat melarikan diri daripada kehidupan bermasyarakat mahupun berteman. Layak bagi kita untuk memilih sahabat kerana sahsiah diri sedikit sebanyak dibentuk dari tingkah laku sahabat di sekelilingnya. Diibaratkan pencarian sahabat seperti mencari cermin yang terdapat pelbagai bentuk di muka bumi ini. 1. Gambaran di cermin akan meniru gerak langkah seseorang. Beruntunglah sekiranya kita mempunyai teman yang banyak melakukan amal soleh sehingga mendorong kita untuk melakukan hal serupa dengannya. Ingatlah keberuntungan yang besar sekiranya mempunyai sahabat seperti ini, Allah SWT mengi...