MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014
MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang daripada AJKT BKAWM Sesi 2013/2014 iaitu saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri telah memohon untuk meletakkan jawatan sebagai AJKT BKAWM bagi sesi ini oleh kerana beliau tidak lagi menyambung pengajian di Mesir dan telah pulang ke tanah air. Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah mengambil keputusan untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi menggantikan posisi yang kosong tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang kelima (5) yang berbunyi: “Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halang...