Posts

Showing posts from May, 2021

[ KALAM PIMPINAN: BUAH KESABARAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: BUAH KESABARAN ] Bismillahirrahmanirrahim, اللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تُنْحَلُ بِهَ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam. Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. – (Surah al-Baqarah: 153) Sebagai seorang muslim, kita tidak lari daripada diuji oleh Allah SWT. Tid

[ KALAM PIMPINAN: SYUKUR PENYUBUR IMAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: SYUKUR PENYUBUR IMAN ] الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدُّجى والسِّراج المنير اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، نبي الرحمة وشفيع الأمة، وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه، أما بعد. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih menghidupkan kita, yang memberi peluang kepada kita untuk sampai ke penghujung Ramadan dan dipilih oleh Allah untuk berada di bulan Syawal (bulan kemenangan bagi umat Islam). Berkat kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi bulan Ramadan selama 30 hari, membuatkan kita berasa lebih syukur kepada Allah kerana diberi peluang merasai nikmat ibadah yang luar biasa. Tidak seperti bulan-bulan yang lain. Allah SWT mengganjarkan ganjaran yang berlipat kali ganda pada setiap amalan yang dilakukan. Terdapat juga am

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 16 Mei 2021: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang pertama iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keprihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2020/2021 akan bermula pada hujung bulan Mei 2021. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 15 Mei 2021. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan selu

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP AMALI ] Bersempena peperiksaan fasa 2 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2021, menetapkan Discussion Group Amali pada tarikh 14 Mei 2021 bersamaan hari Jumaat.  Semoga dimudahkan segala urusan kepada ahli BKAWM. Rancanglah masa dan uruskannya dengan baik. Semoga kita semua dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.  LUQMANULHAKIM BIN ZAMROSE, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, BKAWM sesi 2021. "Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH RAMADAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH RAMADAN ] الحمدلله الذى أكرمنا بنعمة الإسلام وفضلنا على كثير من الأمم. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البدر الدجى والسراج المنير. والصلاة والسلام على رسول لله، وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه. Puasa pada bulan Ramadan memiliki keutamaan tersendiri dibandingkan dengan ibadah lain. Puasa adalah amalan istimewa yang ganjaran pahalanya langsung dari Allah, sedangkan Ramadan pula adalah bulan suci bagi umat Islam yang di dalamnya terdapat ليلة القدر, malam yang lebih baik dari malam 1 000 bulan.  Perintah agar umat Islam menjalankan puasa sebulan penuh pada Ramadan termaktub dalam Surah al-Baqarah 183: (یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ) Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Kata Syeikh Abdul Qadir al-Jail